Pengumuman
Soalan Lazim
1. Bagaimana cara untuk mendaftar sebagai ahli kariah Masjid Al-Mujahideen Damansara Utama ?
Anda boleh klik pautan pendaftaran ahli dan mengisi maklumat anda. Kelulusan permohonan sebagai ahli akan dimaklumkan melalui emel dalam 1-3 hari bekerja.
2. Bagaimana cara untuk menjadi peserta khairat di Masjid Al-Mujahideen Damansara Utama ?
Ahli WAJIB mendaftar sebagai ahli kariah terlebih dahulu. Ahli yang telah berdaftar layak untuk menyertai khairat kematian. Pengaktifan khairat kematian boleh dilakukan sendiri melalui akaun masing-masing. Bayaran khairat kematian tertakluk seperti syarat dan polisi yang telah ditetapkan.
3. Adakah saya boleh menjelaskan bayaran melalui sistem Keahlian ini?
Ya. Senarai bayaran 'Belum Selesai' akan dipaparkan selepas carian ahli dilakukan. Klik 'Bayar Sekarang' untuk membuat bayara secara FPX. Status bayaran akan dikemaskini serta merta selepas transaksi bayaran berjaya.
4. Bagaimana cara untuk membuat semakan status keahlian ?
Klik pada pautan semakan dan masukkan nombor MyKad anda. Perincian status ahli akan dipaparkan sekiranya rekod carian wujud. Jika tiada, bermaksud anda belum berdaftar sebagai ahli.